Pelaksanaan KBAT

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

Bagi menghadapi persaingan global yang semakin sengit dalam persekitaran ekonomi yang dipacu oleh inovasi, KPM telah memberi penekanan terhadap KBAT dalam sistem persekolahan. Pelaksanaan KBAT dalam sistem persekolahan menggunakan pendekatan yang menyeluruh dan sistematik. Konsep pelaksanaan KBAT ini digariskan dalam buku KBAT Inistiatif Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di Sekolah

Terdapat 7 Elemen membudayaan KBAT di sekolah iaitu:

Elemen Utama:

  1. Elemen KBAT dalam Kurikulum
  2. Elemen KBAT dalam Pedagogi
  3. Elemen KBAT dalam Pentaksiran

Elemen Sokongan

  1. Elemen KBAT dalam Kokurikulum
  2. Elemen KBAT dalam Sokongan Komuniti dan Swasta
  3. Elemen KBAT dalam Bina Upaya
  4. Elemen KBAT dalam Sumber

KBAT diterapkan dalam sistem persekolahan supaya murid bukan hanya menghafal tetapi juga faham dan tahu apa yang mereka pelajari dengan menggunakan akal fikiran pada tahap yang tinggi dengan menguasai kemahiran menilai, mengaplikasi, menganalisis dan mencipta seperti mana yang terdapat dalam buku Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Aplikasi di Sekolah.

Please publish modules in offcanvas position.